Cita-cita saya dari dahulu memang suka menjadi cikgu.Tidak tahu kenapa ye.Mungkin dulu rakan-rakan kata cikgu,saya pun ikut nak jadi cikgu.Dek kerana penangan itu habis almari di rumah saya conteng menggunakan kapur yang arwah abah bawa ke rumah.Tidak kurang pula saya bercakap sendirian seolah-olah mengayakan saya seorang cikgu.Pening seisi rumah melihat telatah saya.
Tidak sangka ketika meniti hari hanya bermula kerani,akhirnya saya telah terpacak di depan papan hitam sebagai seorang cikgu.Tidak sangka juga di depan saya bukan lagi katil rumah,kerusi rumah yang dulunya menjadi tempat saya berangan-angan kini memang sah semua budak-budak yang perlu saya didik.Camna nak ajar ni.Camna nak tulis RPH yang sesuai sedangkan kat maktab RPHnya panjang berjela.Kalau kat buku rekod saya lihat cikgu-cikgu tak adalah sepanjang RPH yang saya buat.Hinggakan seorang cikgu tegur.Suria kalau kau tulis camtu mahu tak sampai hujung tahun berbelas buku rancangan mengajar ko kena gunakan.Hingga kini kalau saya kenangkan saya tersenyum sendirian.Saya orang baru masa itu.Mestilah skema sesangat.
Namun saya selalu berpegang satu,malu bertanya sesat jalan.Jadi memang muka saya tak malu,sikit-sikit tanya.sikit-sikit tanya.Bukankah guru-guru lama itu mempunyai pengalaman yang banyak.Alhamdullah berkat tunjuk ajar mereka,dapatlah saya cedok beberapa pengalaman dan skill mengajar.Skill nak murid-murid diam tanpa voltan tinggi,skill murid-murid rajin buat kerja sekolah,skill menangkis serangan soalan daripada murid-murid dan skill menyiapkan kerja yang pihak pentadbir berikan.Murid-murid sekarang?Hui jauh beza dengan murid-murid dulu.Kalau dulu masa saya tak hafal sifir siap,ketuk ketampi sepuluh kali.Jadi tak hairanlah saya sekelas hafal sifir 2 hingga 12 walaupun masa tu baru darjah tiga.Nak kena ketuk ketampi untuk satu sifir.Kalau lima darab 10 kali.Oh! mahu balik nanti jalannya macam itik pulang petang.
Murid-murid sekarang nak ketuk ketampi?Baru jerkah sikit esok lusa dah terpacullah ibu bapa datang depan pintu.Kalau dulu setakat pikul beg sama berat guni beras,memang tak jadi hal.Setakat nak lari satu padang di tengah panas,semua meluncur laju.Rasanya tak lengkap kalau tak berlumba lari dan berjemur.Rehat kami tak ada masa nak fikir makan sebab ada aktiviti menunggu.Lompat getah batu seremban,belon acah dan macam-macam lagilah.Jadi tak hairanlah kalau setakat sukan sekolah cikgu pening kepala nak cari atlit-atlitnya sebab semuanya berbakat.Sekarang beg berat,ibu bapa dah pening mengadu.Peningnya kami juga cikgu.Manalah nak kami sorok buku dalam beg anaknya lagi.Suruh lari satu round padang...Cikgu,nak minum air jap.aduh cikgu penatnya.Esok terus demam tak datang sekolah.Cikgu yang garu kepala.
Walaupun sekarang tiada lagi istilah menghormati guru,tiada lagi istilah guru kau pelita hatiku tetapi saya tidak ambil pusing.Biarlah berbakul cercaaan mereka terhadap tugas cikgu.Saya tetap sukakannya.Saya tetap menghargai detik-detik mendidik anak-anak murid saya.Bagi saya tiada lagi pengalaman indah selain menjadi guru.Okaylah setakat ini je Sury nak menulis.Lain kali Sury akan kongsi pula telatah murid-murid Sury..Gud nite.
No comments:
Post a Comment