Sudah berapa kali mulut saya meluncur perkataan tension.Berapa kali juga saya terlupa sesuatu sehingga hendak mengambil barang di dalam almari saya jadi pelupa.Nak kata dah nyanyuk umur masih tahap muda remaja lagi.(sempat perasan lagi).Kenapa jadi begitu?Kebiasaan tahap ketensenan bagi cikgu-cikgi akan datang pada awal tahun dan hujung tahun.Bukan tensen tu tak datang hari-hari tetapi jika disukat menggunakan pengukur statusnya jelas menunjukkan perkataan tensen akan kerap muncul pada awal dan hujung tahun.Mesti ramai mulut sudah mengata.Cikgu gaji banyak,kerja separuh hari pun nak tensen.Ikutkan saya pun nak jadi cikgu.Saya akan sengih sampai telinga jika mulut berbisa mengata begitu.Nak ke jadi cikgu?Jadi sebelum nak jadi cikgu anda perlu bersiap sedia dari segi mentaal,jiwa dan raga anda.Anda perlu melatih menyebut saya ikhlas melakukan ini.Anda juga perlu berlatih menyanyi lagu P.Ramlee berkorban apa sahaja,harta atau pun nyawa.
Kebiasaanya pada awal tahun memang guru lebih sibuk.Sebelum cuti sekolah dibuka sahaja,guru-guru sudah dipanggil untuk bermesyuarat.Saya percaya ramai guru menyukai tarikh keramat untuk bermesyuarat itu.Amboi siapa kata guru sedap-sedap cuti sahaja.Jika di rumah saya sedang lena memeluk bantal,tiba-tiba handphone berbunyi-bunyi minta dijawab.Terpandang sahaja nama sekolah,lemah segala lutut.Lain lah nak beritahu duit claim perjalanan dah masuk laju je saya nak angkat.Tetapi paling lemah jika diminta menghadiri kursus.Tidak cukup kursus sudah ada jadual giliran tugas menjaga sekolah.Bayangkan jika murid sekolah tiada tetapi guru masih terpacul rasanya nak berbicara dengan bangunan pun,bangunan tak sudi.Itu belum lagi persediaan rapi mencantikkan kelas yang mungkin harus dihias secantik mungkin macam hias rumah sendiri.Jadual tugas,hiasan yang sewaktunya perlu disediakan.Untuk saya pula saya perlu bersedia untuk merancang program transisi tahun 1.Sekejap kemudian,sudah datang panggilan gembira menyuruh kami bermesyuarat program tahun 1 yang akan dilaksanakan.Apabila meeting menjelma,jadual kelas diberi,muka masing-masing sudah bertukar rupa.
Bagi yang memegang kelas,sewajarnya menyediakan jadual kelas.Jangan lupa letaklah aneka sticker supaya terbeliak biji mata murid melihat subjek mereka.Awal tahun bermula sahaja,kedatangan murid harus lengkap.Bukan apa datang nanti GPK HEM melilau ke sana kemari naik tensen pulak nanti.Betul tak perkataan itu telah muncul.Belum lagi kalau yang tahun satu nak mengingati nama murid.Silapharibulan Abu dipanggil Minah,minah dipanggil Siti.Guru Tahun Satu juga harus membiasakan diri dengan perkataan Cikgu,dia tarik rambut saya.Cikgu,saya nak terberak,Cikgu saya nak terkencing.Belum lagi yang mengadu sakit perut.Belum lagi yang duit tercicir.Belum lagi yang sepuluh kali asyik hilang pergi ke tandas.Tidak tahu apa yang dicari di dalam tandas atau terkucil melihat muka cikgunya yang cantik manis ini.
Cikgu-cikgu juga harus melatih mereka memberikan ucap selamat,cara meminta izin untuk ke tandas dan melakukan sesuatu.Amboi,setelah pandai,sepuluh kali mulut minta nak minum air.Jika di dalam kelas ada 35 orang murid,bayangkan berapa kali cikgu perlu mengangguk kepala membenarkan mereka minum air.Akhirnya cikgu mula jadi burung belatuk.
Akhir tahun,tidak perlu cerita pasal kerja orang lain.Mana tidaknya,saya perlu menyediakan program Hari PBB,menyediakan minit mesyuarat,mencari hadiah,mengira jumlah makanan.Habis sahaja Hari PBB,saya dan rakan-rakan perlu bersiap sedia menyambut Hari Karnival Zoo Mini.Tiket perlu dicetak,dicop,digunting dan distapler.Setiausaha pula perlu bekejar ke sana ke mari memantau persiapan.AJK pula tidak lagi boleh duduk menanda buku kerana perlu berganding bahu melaksanaakan tugasan diberikan,Belum lagi yang sibuk melatih persembahan untuk Hari PBS,belum lagi kena masukkan markah PBS murid secara online.Belum lagi perlu meyediakan pentaksiran untuk KSSR.Apatah lagi seperti saya yang sibuk juga kuliah hujung minggu.Sampai tidur saya mengigau-ngigau ingat tiket,ingat assigment,ingat PBS dan ingat nyanyian murid.Oh..berkorbanlah apa sahaja cikgu-cikgu.Berkorbanlah masa anda kerana mereka.Siapa?Anda tahu anda jawablah sendiri.Baiklah Sury berhenti dahulu sebelum Sury tertaip perkataan tensen itu beratus kali di sini.Orang yang berjaya,orang yang berani.
No comments:
Post a Comment