Saturday, 6 October 2012

Berkorban apa sahaja....

    Sudah berapa kali mulut saya meluncur perkataan tension.Berapa kali juga saya terlupa sesuatu sehingga hendak mengambil barang di dalam almari saya jadi pelupa.Nak kata dah nyanyuk umur masih tahap muda remaja lagi.(sempat perasan lagi).Kenapa jadi begitu?Kebiasaan tahap ketensenan bagi cikgu-cikgi akan datang pada awal tahun dan hujung tahun.Bukan tensen tu tak datang hari-hari tetapi jika disukat menggunakan pengukur statusnya jelas menunjukkan perkataan tensen akan kerap muncul pada awal dan hujung tahun.Mesti ramai mulut sudah mengata.Cikgu gaji banyak,kerja separuh hari pun nak tensen.Ikutkan saya pun nak jadi cikgu.Saya akan sengih sampai telinga jika mulut berbisa mengata begitu.Nak ke jadi cikgu?Jadi sebelum nak jadi cikgu anda perlu bersiap sedia dari segi mentaal,jiwa dan raga anda.Anda perlu melatih menyebut saya ikhlas melakukan ini.Anda juga perlu berlatih menyanyi lagu P.Ramlee berkorban apa sahaja,harta atau pun nyawa.

      Kebiasaanya pada awal tahun memang guru lebih sibuk.Sebelum cuti sekolah dibuka sahaja,guru-guru sudah dipanggil untuk bermesyuarat.Saya percaya ramai guru menyukai tarikh keramat untuk bermesyuarat itu.Amboi siapa kata guru sedap-sedap cuti sahaja.Jika di rumah saya sedang lena memeluk bantal,tiba-tiba handphone berbunyi-bunyi minta dijawab.Terpandang sahaja nama sekolah,lemah segala lutut.Lain lah nak beritahu duit claim perjalanan dah masuk laju je saya nak angkat.Tetapi paling lemah jika diminta menghadiri kursus.Tidak cukup kursus sudah ada jadual giliran tugas menjaga sekolah.Bayangkan jika murid sekolah tiada tetapi guru masih terpacul rasanya nak berbicara dengan bangunan pun,bangunan tak sudi.Itu belum lagi persediaan rapi mencantikkan kelas yang mungkin harus dihias secantik mungkin macam hias rumah sendiri.Jadual tugas,hiasan yang sewaktunya perlu disediakan.Untuk saya pula saya perlu bersedia untuk merancang program transisi tahun 1.Sekejap kemudian,sudah datang panggilan gembira menyuruh kami bermesyuarat program tahun 1 yang akan dilaksanakan.Apabila meeting menjelma,jadual kelas diberi,muka masing-masing sudah bertukar rupa.

      Bagi yang memegang kelas,sewajarnya menyediakan jadual kelas.Jangan lupa letaklah aneka sticker supaya terbeliak biji mata murid melihat subjek mereka.Awal tahun bermula sahaja,kedatangan murid harus lengkap.Bukan apa datang nanti GPK HEM melilau ke sana kemari naik tensen pulak nanti.Betul tak perkataan itu telah muncul.Belum lagi kalau yang tahun satu nak mengingati nama murid.Silapharibulan Abu dipanggil Minah,minah dipanggil Siti.Guru Tahun Satu juga harus membiasakan diri dengan perkataan Cikgu,dia tarik rambut saya.Cikgu,saya nak terberak,Cikgu saya nak terkencing.Belum lagi yang mengadu sakit perut.Belum lagi yang duit tercicir.Belum lagi yang sepuluh kali asyik hilang pergi ke tandas.Tidak tahu apa yang dicari di dalam tandas atau terkucil melihat muka cikgunya yang cantik manis ini.
Cikgu-cikgu juga harus melatih mereka memberikan ucap selamat,cara meminta izin untuk ke tandas dan melakukan sesuatu.Amboi,setelah pandai,sepuluh kali mulut minta nak minum air.Jika di dalam kelas ada 35 orang murid,bayangkan berapa kali cikgu perlu mengangguk kepala membenarkan mereka minum air.Akhirnya cikgu mula jadi burung belatuk.

      Akhir tahun,tidak perlu cerita pasal kerja orang lain.Mana tidaknya,saya perlu menyediakan program Hari PBB,menyediakan minit mesyuarat,mencari hadiah,mengira jumlah makanan.Habis sahaja Hari PBB,saya dan rakan-rakan perlu bersiap sedia menyambut Hari Karnival Zoo Mini.Tiket perlu dicetak,dicop,digunting dan distapler.Setiausaha pula perlu bekejar ke sana ke mari memantau persiapan.AJK pula tidak lagi boleh duduk menanda buku kerana perlu berganding bahu melaksanaakan tugasan diberikan,Belum lagi yang sibuk melatih persembahan untuk Hari PBS,belum lagi kena masukkan markah PBS murid secara online.Belum lagi perlu meyediakan pentaksiran untuk KSSR.Apatah lagi seperti saya yang sibuk juga kuliah hujung minggu.Sampai tidur saya mengigau-ngigau ingat tiket,ingat assigment,ingat PBS dan ingat nyanyian murid.Oh..berkorbanlah apa sahaja cikgu-cikgu.Berkorbanlah masa anda kerana mereka.Siapa?Anda tahu anda jawablah sendiri.Baiklah Sury berhenti dahulu sebelum Sury tertaip perkataan tensen itu beratus kali di sini.Orang yang berjaya,orang yang berani.

Friday, 5 October 2012

Saya suka menjadi cikgu

     Cita-cita saya dari dahulu memang suka menjadi cikgu.Tidak tahu kenapa ye.Mungkin dulu rakan-rakan kata cikgu,saya pun ikut nak jadi cikgu.Dek kerana penangan itu habis almari di rumah saya conteng menggunakan kapur yang arwah abah bawa ke rumah.Tidak kurang pula saya bercakap sendirian seolah-olah mengayakan saya seorang cikgu.Pening seisi rumah melihat telatah saya.

      Tidak sangka ketika meniti hari hanya bermula kerani,akhirnya saya telah terpacak di depan papan hitam sebagai seorang cikgu.Tidak sangka juga di depan saya bukan lagi katil rumah,kerusi rumah yang dulunya menjadi tempat saya berangan-angan kini memang sah semua budak-budak yang perlu saya didik.Camna nak ajar ni.Camna nak tulis RPH yang sesuai sedangkan kat maktab RPHnya panjang berjela.Kalau kat buku rekod saya lihat cikgu-cikgu tak adalah sepanjang RPH yang saya buat.Hinggakan seorang cikgu tegur.Suria kalau kau tulis camtu mahu tak sampai hujung tahun berbelas buku rancangan mengajar ko kena gunakan.Hingga kini kalau saya kenangkan saya tersenyum sendirian.Saya orang baru masa itu.Mestilah skema sesangat.

           Namun saya selalu berpegang satu,malu bertanya sesat jalan.Jadi memang muka saya tak malu,sikit-sikit tanya.sikit-sikit tanya.Bukankah guru-guru lama itu mempunyai pengalaman yang banyak.Alhamdullah berkat tunjuk ajar mereka,dapatlah saya cedok beberapa pengalaman dan skill mengajar.Skill nak murid-murid diam tanpa voltan tinggi,skill murid-murid rajin buat kerja sekolah,skill menangkis serangan soalan daripada murid-murid dan skill menyiapkan kerja yang pihak pentadbir berikan.Murid-murid sekarang?Hui jauh beza dengan murid-murid dulu.Kalau dulu masa saya  tak hafal sifir siap,ketuk ketampi sepuluh kali.Jadi tak hairanlah saya sekelas hafal sifir 2 hingga 12 walaupun masa tu baru darjah tiga.Nak kena ketuk ketampi untuk satu sifir.Kalau lima darab 10 kali.Oh! mahu balik nanti jalannya macam itik pulang petang.

         Murid-murid sekarang nak ketuk ketampi?Baru jerkah sikit esok lusa dah terpacullah ibu bapa datang depan pintu.Kalau dulu setakat pikul beg sama berat guni beras,memang tak jadi hal.Setakat nak lari satu padang di tengah panas,semua meluncur laju.Rasanya tak lengkap kalau tak berlumba lari dan berjemur.Rehat kami tak ada masa nak fikir makan sebab ada aktiviti menunggu.Lompat getah batu seremban,belon acah dan macam-macam lagilah.Jadi tak hairanlah kalau setakat sukan sekolah cikgu pening kepala nak cari atlit-atlitnya sebab semuanya berbakat.Sekarang beg berat,ibu bapa dah pening mengadu.Peningnya kami juga cikgu.Manalah nak kami sorok buku dalam beg anaknya lagi.Suruh lari satu round padang...Cikgu,nak minum air jap.aduh cikgu penatnya.Esok terus demam tak datang sekolah.Cikgu yang garu kepala.

         Walaupun sekarang tiada lagi istilah menghormati guru,tiada lagi istilah guru kau pelita hatiku tetapi saya tidak ambil pusing.Biarlah berbakul cercaaan mereka terhadap tugas cikgu.Saya tetap sukakannya.Saya tetap menghargai detik-detik mendidik anak-anak murid saya.Bagi saya tiada lagi pengalaman indah selain menjadi guru.Okaylah setakat ini je Sury nak menulis.Lain kali Sury akan kongsi pula telatah murid-murid Sury..Gud nite.